Berita

“28 Hari Home Work Out & Amalkan…”- Hans Issac Turun 4 Kg Dengan Cara Ini…

gempak
Syafiqah Jalal
16/04/2020
07:44 MYT
Sponsor Banner
“28 Hari Home Work Out & Amalkan…”- Hans Issac Turun 4 Kg Dengan Cara Ini…
Aktor Datuk Hans Issac mendedahkan berat badannya turun sebanyak 4 kilogram (kg) selama 28 hari berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Hans, selama waktu itu dia telah mengamalkan pemakanan sihat serta melakukan aktiviti bersenam di rumah.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tak lupa minum air selalu.
“Dari 85kg turun ke 81kg. Target nak turun sampai 80kg,” katanya.
Hans berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Hans turut memuat naik fotonya yang sedang berpeluh seperti baru sahaja melakukan senaman.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang akui ia memberi inspirasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat meskipun berada di rumah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, memakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live