Laman Utama
29 Hari Bertarung Dengan Covid-19, Akhirnya Ibu Achey Pulih
Pelawak Achey bersyukur kerana akhirnya ibunya, Ngaisah Hassan telah pulih selepas 29 hari bertarung dengan wabak Covid-19.
Menurut Achey semangat ibunya kuat sehingga pulih dan dibenarkan pulang dari hospital semalam.
“Alhamdulillah 29 hari fight…Umur 70-an dengan penyakit yang sedia ada…Hadir pula covid19..
“Memang semangat nak kena sangat- sangat kuat.. baik pesakit dan orang sekelilingnya…,” katanya.
Achey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik rakaman video saat ibunya disorong keluar menaiki kerusi roda dari wad.
Dalam masa yang sama, Achey tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah merawat ibunya serta yang telah mendoakan keluarganya.
“Terima kasih frontliner hospital Segamat… khidmat anda tak terbalas…
“Terima kasih pada adik beradik saudara semua.. dan semua yang mendoakan mak serta keluarga kami..,” luahnya.
Sebelum ini, keadaan ibunya yang berusia 73 tahun itu dilaporkan buruk kerana tahap oksigen yang rendah dan terpaksa tidur dalam keadaan meniarap bagi memudahkan proses penafasan berjalan.
Terdahulu, Achey pernah memaklumkan tujuh ahli keluarganya termasuklah ibu, abang dan kakaknya disahkan positif Covid-19.