Laman Utama

29 Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal, Selamat Tinggal Ramadan

gempak
Azwa Rahman
03/06/2019
01:00 MYT
Sponsor Banner
29 Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal, Selamat Tinggal Ramadan
Tinggal beberapa hari lagi sebelum ketibaan 1 Syawal, pastinya kemeriahan menyambut lebaran semakin terasa.
Sebelum menentukan tarikh rasmi bagi 1 Syawal, Jabatan Agama akan melakukan proses mencerap anak bulan.
Tarikh Hari Raya Puasa ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.
Kebiasaannya dilakukan di tempat tinggi, ini 29 lokasi yang dikenalpasti untuk melihat anak bulan Syawal pada 3 Jun ini:
1. Pontian Kecil, Johor 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka 3. Teluk Kemang, Negeri Sembilan 4. Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor 5. Bukit Melawati, Selangor 6. Bukit Jugra, Selangor 7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak 8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang 9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pulau Langkawi 10. Menara Alor Setar, Kedah 11. Bukit Besar, Kuala Terengganu 12. Bukit Geliga, Kemaman 13. Pulau Perhentian, Besut 14. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu 15. Bukit Peraksi, Pasir Puteh 16. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai 17. Bukit Besar, Terengganu 18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan 19. Bukit Tanjong Batu, Nenasi 20. Gunung Berincang, Cameron Highlands 21. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang 22. Menara Kuala Lumpur 23. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 24. Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis 25. Esplanade Luak, Miri 26. Teluk Bandung, Kuching 27. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; 28. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan 29. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.
Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang. Selamat datang Syawal, tak sabar nak raya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024