Hiburan

29 Mei...Tarikh Perginya Lagenda Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

gempak
Asraf Aided
29/05/2020
14:26 MYT
Sponsor Banner
29 Mei...Tarikh Perginya Lagenda Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Hari ini, 29 Mei 2020 menyaksikan cukup 47 tahun lagenda seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pulang ke rahmatullah.
Meskipun berdekad lamanya pemilik nama sebenar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh meninggalkan industri seni tempatan, namun semua karyanya masih segar dalam ingatan kita semua.
Mari kita imbas sedikit informasi mengenai Allahyarham.
P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Georgetown, Pulau Pinang. Selain dikenali dengan nama pentas P. Ramlee, Allahyarham turut dikenali dengan nama lain iaitu Ramli Puteh.
Allahyarham telah mendirikan rumah tangga bersama Junaidah Haris (1947-1953) dan Noorizan Mohd. Noor (1955-1961). Selepas kedua-dua rumah tangga yang dibina itu menemui titik noktah, P. Ramlee berkahwin pula dengan seorang wanita yang tidak perlu lagi diperkenalkan, tak lain tak bukan, biduanita Allahyarham Puan Sri Saloma.
Pasangan lagenda ini mendirikan rumah tangga pada tahun 1961, namun 12 tahun selepas itu, P. Ramlee telah meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung.
Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, yang kini berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Saloma Bridge.
Kepada anda yang merindui karya seniman agung ini, jangan lupa untuk menyaksikan pelbagai kompilasi filem hebat P. Ramlee di Astro Go dan On Demand.
Apa yang pasti, segala pengorbanan dan kerja keras P. Ramlee dalam berkarya akan terus dikenang dalam sejarah dan ingatan kita semua.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan tenang ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live