Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

Asyraf Roslan
06/09/2024 12:25 MYT
Setelah mendapat permintaan yang tinggi untuk konsert di Seoul, Korea, kumpulan Kpop terkenal, 2NE1 bakal menjelajah ke Asia untuk 'Welcome Back' 2024-2025 Asia tour!

Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.

2NE1 yang dianggotai CL, Park Bom, Sandra Park dan Minzy memilih untuk berkunjung ke Manila pada 16 November dan Jakarta (23 November).

Namun menerusi poster promo yang dikeluarkan masih ada empat lokasi yang menjadi rahsia.



Adakah Malaysia akan menjadi salah satu destinasi pilihan 2NE1 untuk 'Welcome Back' 2024-2025 Asia tour?


Sama-sama kita nantikan perkembangan dari pihak pengurusan 2NE1.

#Konsert #2NE1 #Jakarta #Manila