Penyanyi dan pengacara Alif Satar tidak sabar untuk mengharungi cabaran Ironman yang diadakan di Langkawi, hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi momen-momen persediaan akhir menjelang kejohanan tersebut untuk tatapan wargamaya.

“Few hours to go, no turning back. 3.8km swim,180km cycle, 42km run,” tulis Alif sebagai kapsyen.

Ironman merupakan sebuah kejohanan yang menguji ketahanan fizikal pesertanya.

few hours to go.. No turning back. 3.8km swim,180km cycle,42km run. #IronmanLangkawi2019

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Untuk tahun ini, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah mengesahkan penyertaan.

Tambah Alif lagi, dia berasa gementar untuk cabaran berbasikal kerana jaraknya yang terlalu jauh.

“Paling gementar cabaran berbasikal. 180km, that’s a long ride ladies and gentleman,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan pengikut turut sama memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk mengharungi setiap cabaran.

dak dak ayenmen.???

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


2019 merupakan tahun kedua pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu menyertai kejohanan tersebut.

Terdahulu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.