Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"3 Bulan Rasa Macam 300 Tahun" - Ezzaty Abdullah Menangis Dapat Balik Kampung

Amri Hassan 10/06/2020 | 06:28 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi rasa gembiranya apabila berjaya pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri mulai hari ini.
Kata Ezzaty, seksaannya tidak bertemu keluarga selama tempoh tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akhirnya terbayar.
"Wajah keriangan kami semua. Awal-awal lagi dah balik Bentong.
"Alhamdulillah dapat juga jumpa keluarga setelah lebih tiga buan tak jumpa.
"Selalu setiap minggu jumpa. Gembiranya tak terkata, sampai menangis dapat peluk ibu dan bapa," kata Ezzaty.
Seksanya tidak dapat berjumpa keluarga kata Ezzaty ibarat tidak bertemu 300 tahun.
"Seksa tak dapat jumpa tiga bulan ni rasa macam 300 tahun tak dapat jumpa.
"Lagi-lagi hari raya hari itu atak dapat juma. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah masih panjangkan usia kami dapat berpelukan semula," tambahnya.
Kata Ezzaty, seandainya diberikan rezeki melimpah ruah, dia mahu belikan keluarganya tujuh buah rumah berhampiran kediamannya.
"Kalaulah satu hari nanti saya jadi kaya, saya nak beli 7 biji rumah dekat taman yang sama jadi semua keluarga dan adik-beradik boleh jumpa selalu takutlah jadi apa-apa lagi macam COVID-19 ni," kata Ezzaty lagi.
#Ezzaty Abdullah #Balik kampung #PKPP
;