Laman Utama

“3 Bulan Shooting #MarryMeSenorita Saya Banyak Belajar, Terima Kasih Kerana Bersabar Dengan Progress Saya…” – Dini Schatzmann

gempak
Fiza Kamarudin
23/03/2021
05:16 MYT
Sponsor Banner
“3 Bulan Shooting #MarryMeSenorita Saya Banyak Belajar, Terima Kasih Kerana Bersabar Dengan Progress Saya…” – Dini Schatzmann
Selepas tiga bulan berkampung dengan produksi drama Marry Me Senorita, pelakon Dini Schatzmann mengakui banyak yang dipelajarinya sebagai seorang pelakon.
Dini juga dengan merendah diri mendedikasikan ucapan terima kasih semua yang terlibat termasuk krew di belakang tabir yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada dirinya.
Bukan setakat itu, kata Dini lagi seluruh tenaga produksi juga sentiasa bersabar dengan perkembangan dan potensi lakonannya dari hari ke hari.
“Hantaran penghargaan kepada semua yang terlibat!
“Sepanjang tiga bulan penggambaran #MarryMeSenorita, telah banyak yang saya pelajari sebagai seorang pelakon.
“Setiap seorang daripada anda semua mempunyai peranan dalam perkara ini. Anda semua telah berkongsi pengetahuan dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
“Bersabar dengan perkembangan saya dari hari ke hari. Kita semua seperti sebuah keluarga. Ikhlas dari hati saya, terima kasih buat anda semua.
“Insya-Allah, ada rezeki kita akan bekerjasama lagi,” katanya.
Dini Schatzmann atau Dini Azan Schatzmann, 27, mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek pada tahun 2018.
Kemunculan pelakon kacukan mempunyai darah campuran (ibunya berasal daripada Pulau Pinang, dan bapa dari Switzerland) dalam drama bersiri Cik Reen & Cik Ngok Ngek mencetuskan fenomena dan menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live