BERITA
3 Fakta Mengejutkan Tentang Presiden Termuda Perancis, Emmanuel Macron
Calon berhaluan tengah Perancis, Emmanuel Macron telah berjaya dinobatkan sebagai Presiden Perancis dalam pilihan raya negara itu pada Ahad lalu.
Keputusan akhir menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, selakigus melayakkan beliau untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.
Namun, pasti ada di antara anda yang ingin mengenali Macron dengan lebih mendalam dan berikut kami kongsikan tiga fakta menarik tentang dirinya:
1. Presiden Termuda Perancis
Bertanggungjawab mentadbir sesebuah negara adalah suatu tugas yang mencabar bagi individu berusia 39 tahun. Namun, itulah fakta menarik tentang Macron. Dengan kemenangan ini, beliau telah mencipta sejarah sebagai presiden termuda dalam sejarah Perancis. Pesaingnya yang turut bertanding dalam pilihan raya, Marine Le Pen pula berusia 48 tahun.
2. Isterinya 24 Tahun Lebih Tua
Menarik lagi, jejaka yang berasal dari Amiens, Perancis ini telah berkahwin dengan gurunya yang jauh lebih tua daripadanya. Brigitte Marie Claude Trogneux, 63, merupakan guru bahasa Perancis kepada Macron sewaktu dia berusia 15 tahun. Macron dan Trogneux berkahwin pada tahun 2007. Hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Trogneuxe memiliki tiga orang anak dan tujuh orang cucu. Macron dan Trogneux pula masih belum memiliki anak hasil daripada perkahwinan mereka.
3. Hanya Memakan Masa Setahun Untuk Bergelar Calon Presiden
Emmanuel Macron yang juga bekas pegawai bank sebelum ini terkenal dengan kepakarannya dalam menguruskan hal ekonomi. Disebabkan itu, nama beliau tercalon sebagai presiden negara itu dan persiapan yang dilakukan hanya memakan masa selama setahun. Kempen gerakan ’En Marche’ atau ’In Motion’ telah dilancarkan olehnya pada tahun 2016 dan menerusi kampen tersebut, beliau berjanji untuk merubah corak ekonomi Perancis. Antara lain, Macron juga mempunyai hubungan baik dengan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Hillary Clinton. Mereka juga telah memberi sokongan penuh kepada Macron sewaktu pilihan raya Perancis.
Sumber : International.sindonews.com, Timesofindia.indiatimes.com, Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan