Ketika negara masih menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown, pastinya ramai yang menantikan filem baru untuk mengisi masa lapang mereka.

Berita baik khususnya mereka yang meminati filem seram, Astro First kini membawa bukan satu tetapi tiga filem Horror terus ke ‘wayang’ rumah anda.

Bukan saja filem lokal, malah turut membawa karya dari negara jiran, Indonesia.

Berikut merupakan tiga filem yang anda wajib tonton ketika ini!

#1 Onrust

Filem seram Indonesia ini mengisahkan tentang kewujudan hantu yang berkeliaran di Pulau Onrust.

Untuk makluman, pulau ini memang cukup terkenal dengan kisah-kisah seramnya.

Kejadian aneh lagi misteri ini kemudian sedikit demi sedikit terungkai selepas seorang mahasiswa bernama Bramanto Putra membuat keputusan untuk mengkaji pulau berkenaan.

Sejauh mana seram filem ini, anda kenalah tonton!

#2 Janet Sumpah Terlarang

Janet Sumpah Terlarang juga boleh tahan hebat apabila ia diadaptasi melalui kisah seram masyarakat Sarawak.

Difahamkan, filem ini mengangkat kisah yang cukup popular terutamanya dalam kalangan penduduk di Kuching.

Diterbitkan syarikat produksi Kaya Kenyalang Sdn Bhd, filem ini dibintangi pelakon dari Sarawak antaranya Safar Ghafar, Bulan Terry dan Natasya Charmine.

#3 Belaban Hidup: Infeksi Zombi

Filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie bukanlah satu karya yang biasa-biasa.

Ini kerana filem ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah kategori Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia. Hebat bukan?

Belaban Hidup: Infeksi Zombie mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila yang menggabungkan elemen seram serta aksi masyarakat Dayak di Sarawak.

Filem yang mendapat dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.

Apapun, jangan lupa tonton ketiga-tiga filem seram hebat ini.

Sewa dan strim filem-filem ini di Astro First Saluran 480 atau On Demand Store.

Layari https://content.astro.com.my/astro-first untuk maklumat lanjut.