Berita

3 Hari Berkabung, Hashtag #PrayforStPetersburg Mula Trending

gempak
Syafiqah Jalal
04/04/2017
09:00 MYT
Sponsor Banner
3 Hari Berkabung, Hashtag #PrayforStPetersburg Mula Trending
Gabenor St. Petersburg mengumumkan tempoh tiga hari berkabung bermula Selasa bagi menghormati insiden letupan kereta api bawah tanah yang telah mengorbankan 11 nyawa.
Sementara itu, hashtag #PrayforStPetersburg mula menjadi viral di platform sosial Twitter dan Instagram.
Hashtag #домой turut digunakan pengguna media sosial yang merujuk kepada 'rumah'.
Penduduk bandar itu mula menawarkan tempat berlindung kepada mangsa dan keluarga mangsa.
Malah, perkhidmatan Uber turut disediakan secara percuma kepada penduduk kawasan berhampiran St. Petersburg.
Pengumuman itu dilakukan syarikat berkenaan menerusi Twitter.
"Good afternoon! All trips made from the zone of the incident that occurred will be free of charge." tulis syarikat Uber Rusia. Kami kongsikan antara perkongsian pengguna. Berikut merupakan foto-foto yang dikongsikan oleh orang ramai dan media sepanjang acara berkabung di St. Petersburg. Presiden Rusia, Vladimir Putin turut hadir meletakkan jambangan bunga di hadapan Stesen Sennaya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Artikel berkaitan:
11 Maut Letupan Kereta Api Bawah Tanah St. Petersburg, Rusia
Letupan Kereta Api St. Petersburg Angkara Pengganas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live