Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

Ernalisa
07/09/2024 08:25 MYT

Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.

Festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hiburan untuk semua pengunjung.

BERITA BERKAITAN : Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

BERITA BERKAITAN : “Saya Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Kalau Anak Sendiri Yang…” | Keluang Man Of The Month

BERITA BERKAITAN : Nadeera Zaini Pernah Give Up, Netizen Hina muka Macam… | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

Pengarah Astro Audio, Priya Prabakaran berkata, antara tarikan utama SYOK Fest 2024 adalah sesi Meet & Greet bersama podcaster seperti Sudirman Mohd Tahir dari Confession Bilik Gelap dan The Gadys dari Pompuan Untuk Perempuan Sahaja.

"Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan Konsert SYOK Fest KITA yang menampilkan barisan artis terkenal tanah air dari pelbagai kaum, termasuk persembahan khas daripada artis dari Sabah dan Sarawak.

“Pertunjukan tarian yang turut disajikan merangkumi KPOP Dance, Dikir Barat, dan Ragga Dance Show. Festival ini turut mendapat sokongan daripada SP Setia dan Cuckoo, di mana kedua-dua syarikat ini akan membuka booth mereka untuk berkongsi produk terkini dengan para pengunjung," katanya ditemui Gempak.

Selain itu, pelbagai booth dan gerai jualan makanan juga disediakan, termasuklah daripada KUEH, yang menawarkan hidangan tempatan dengan harga istimewa.

Sementara itu, acara khas KITA fm akan bersiaran langsung selama 18 jam dari lokasi festival, melibatkan 13 stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

Pelancaran Kita FM dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang dalam masa sama turut menyokong usaha Astro menghargai pemain industri dalam audio siar atau podcast menerusi program Podcast Creator Fund.

"Ini merupakan satu lagi inisiatif dari Astro Radio untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

"Tidak ketinggalan, SYOK FEST 2024 turut memperkenalkan ‘Podcast Creators Fund’, yang menyediakan Dana SYOK sebanyak RM20,000 untuk empat podcaster terbaik," katanya.

Beliau berkata dana itu akan diberikan kepada podcaster yang terpilih, dan kandungan mereka akan dimuat naik di platform rasmi SYOK untuk memberi mereka peluang untuk berkongsi kreativiti mereka dengan audiens yang lebih luas.

"Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival terbesar tahun ini! Masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.


"Untuk maklumat terkini mengenai SYOK FEST 2024, layari laman web rasmi SYOK atau muat turun aplikasi SYOK di telefon pintar anda," katanya.

#Meriah #SYOK #2024 #kita #Fest