Penyanyi Eka Sharif memaklumkan bahawa dia kini sudah berbadan dua biarpun belum sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya.

Berita gembira itu dikongsikan bintang Akademi Fantasia Musim ke-9 tersebut menerusi satu posting di Instagram yang turut memaparkan imej terbaharu dirinya dengan 'baby bump'.

"PKPB dilanjutkan lagi?! Ini kali ke-3 Eka tangguhkan majlis. Mungkin ini yang terbaik.

"Lagipun buat reviu dalam rumah ini pun dah tak larat. Inikan pula nak berjalan. Tak apalah kita duduk di rumah je eh, #3months," tulis pemilik nama sebenar Nur Atiqah Shariffudin, 31, itu.

Gempak cuba menghubungi Eka, namun sehingga artikel ini ditulis, kiriman mesej dan panggilan telefon masih belum berjawab.

PKPB dilanjutkan lagi?! ni kali ke-3 eka postpone majlis... mungkin ni yg terbaik.. lagipun buat review dlm umah ni pon dah x larat ni kan plak nak berjalan... takpe lah kite stay at home je ekh.... #3months??

A post shared by ? Eka Sharif ? (@ekasharif) on


Di ruangan komen, Eka turut mengucapkan terima kasih atas segala ucapan yang diterimanya mengenai kehamilannya itu.



Sementara itu, kata Eka, dia akan tetap terus melakukan majlis resepsi berikutan segala pembayaran sudah selesai dibuat.

"Dah buat bayaran penuh dah untuk majlis. Nak tak nak kena buat juga.

"Kerugian pun dah beribu-riban dah ni. Nangis keredaan je lah sekarang ni," jelasnya kepada pengikut di ruangan komen.

Kata Eka, dia juga akur apabila segala perancangannya untuk mengadakan majlis berdepan dugaan.

"Kita tiga kali buat kad, tiga kali buat jemputan, ini tiga kali nak kena beritahu orang balik tak jadi buat. Ini semua gara-gara Covid-19," luahnya kepada salah seorang warganet.



Sebelum ini, Eka tekad mengadakan majlis pernikahan secara ringkas pada 19 Julai lalu selepas dua kali terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya ekoran pandemik.

Eka mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Nazrulnazim Abdul Jabar, 33.