Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

3 Maut, Kemalangan 7 Kenderaan Di LPT

Gempak
30/09/2024 01:02 MYT
Tiga lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, Bentong, 4.13 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kemalangan itu membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan, dan dua treler dengan sebuah daripadanya terbakar sepenuhnya.

Katanya, kemalangan itu membabitkan 13 mangsa.

"Tiga lelaki yang meninggal dunia dan disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Mohd Ridzuan Zulkafly, 40; Muhamad Zaimi Shariff, 39; dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi , 23.

"Tiga lelaki parah, dua perempuan cedera, manakala tiga lelaki dan dua wanita lain, terselamat," katanya.

Katanya, mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#Kemalangan #Maut #Bentong #LPT
;