Chrissy turut berterima kasih kepada semua pihak dan peminat yang terus mendoakan kesejahteraan keluarganya.
"Buat Jack, kami mohon maaf kerana kamu berdepan pelbagai komplikasi dan gagal menyediakan tempat untuk meneruskan kehidupan.
"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kami.
"Kami masih bersyukur masih dianugerahkan Luna dan Miles untuk berkongsi kasih sayang.
Tiga minggu lalu Chrissy telah dimasukkan ke hospital akibat pendarahan yang teruk.
Pasangan itu mendedahkan bakal menimang anak ketiga menerusi muzik video terbaharu, Wild selepas menimang dua cahaya mata sebelum ini menerusi teknik persenyawaan in-vitro (IVF).
Takziah buat pasangan John Legend & Chrissy Teigen!