3 Minggu Alami Pendarahan Serius, Isteri John Legend Keguguran
Amri Hassan
01/10/2020 08:20 MYT
01/10/2020 08:20 MYT
Isteri kepada penyanyi John Legend, Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas dimasukkan ke hospital akibat pendarahan teruk.
Maklum Chrissy menerusi akaun Instagramnya, dia pasrah rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.
"Kami sangat terkejut dan ini kesakitan paling teruk yang pernah kami lalui.
"Biarpun berbeg-beg darah telah dimasukkan, ia tidak mencukupi.
"Kami tidak pernah menamakan bayi ini sebab mahu tunggu sehingga dia dilahirkan tetapi kami panggil si kecil ini Jack.
"Jack akan selamanya menjadi ahli keluarga kami... Selamanya," tulisnya.
Chrissy turut berterima kasih kepada semua pihak dan peminat yang terus mendoakan kesejahteraan keluarganya.
"Buat Jack, kami mohon maaf kerana kamu berdepan pelbagai komplikasi dan gagal menyediakan tempat untuk meneruskan kehidupan.
"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kami.
"Kami masih bersyukur masih dianugerahkan Luna dan Miles untuk berkongsi kasih sayang.
Tiga minggu lalu Chrissy telah dimasukkan ke hospital akibat pendarahan yang teruk.
Pasangan itu mendedahkan bakal menimang anak ketiga menerusi muzik video terbaharu, Wild selepas menimang dua cahaya mata sebelum ini menerusi teknik persenyawaan in-vitro (IVF).
Takziah buat pasangan John Legend & Chrissy Teigen!