Pengantin baru yang juga seorang YouTuber popular Indonesia Atta Halilintar disahkan positif Covid-19 buat kali kedua pada Khamis.

Memaklumkan perkara terbabit di Instagram, kata Atta dia terkejut apabila disahkan positif virus tersebut kali kedua.

"Ya Allah terkejut. Aku positif COVID-19 lagi untuk kedua kalinya.

"Sejak semalam dia yang sakit badannya dan bersuara sengau, ku sangka dia yang positif. Ternyata aku," katanya.



Kali pertama disahkan positif virus itu ialah sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan isterinya Aurel Hermansyah tiga minggu lalu.

Dalam pada itu, Aurel yang juga anak sulung penyanyi Anang Hermansyah kini sedang menunggu keputusan ujian swab PCR-nya yang belum keluar.

Sepanjang tempoh itu, Aurel terpaksa menjalani kuarantin sendiri dan berpisah dengan Atta.

Atta berkata, doktor tidak membenarkan isterinya ke mana-mana selama lima hari untuk melihat perkembangannya.

Atta juga meminta orang-orang yang bertemu dengannya atau Aurel untuk segera melakukan ujian swab.

Dia berharap segera sembuh dan boleh menyambut Aidilfitri dalam keadaan sihat.

Atta sepatutnya berangkat ke Solo, Indonesia atas urusan kerja.