3 Pemuda Kalah Lumba Lari Dengan Kambing, Tengoklah Laju Betul! Netizen Sangkakan Anjing

ZULHILMI JALIL
November 10, 2020 05:45 MYT
Disangka anjing, namun rupa-rupanya hanyalah seekor kambing.
Itu yang ditebak netizen selepas sebuah video yang memaparkan seekor haiwan melakukan lumba lari dengan tiga pemuda menjadi tular di Twitter.
Berdasarkan video yang dikongsikan pengguna @brotherjambang, aktiviti perlumbaan itu dilakukan di sebuah kawasan perumahan.
Seorang pemuda hanya berlari berkaki ayam, manakala dua lagi menaiki basikal.
Bagaimanapun, kepantasan kambing tersebut ternyata mengejutkan warga net apabila berjaya memintas ketiga-tiga pemuda tersebut yang ketinggalan di belakang.
Lebih mencuit hati, perakam video tersebut dipercayai turut bertindak seperti seorang pengulas sukan.

jarang-jarang berlaku nie hahaha pic.twitter.com/dA4iR0FCao

— abang_jambang (@brotherjambang) November 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video tersebut kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang kagum dengan kemampuan memecut seperti seekor anjing.
"Macam mana dia boleh deal dengan kambing tu nak ajak berlumba?
"Haha, malu je kalah dengan kambing
"Brother tu dah letak selipar kat tangan pun tak 'pergi' (laju) juga.
"Kambing lagi lajulah"," komen sebahagian netizen.
Bahkan, ada juga menyifatkan kambing tersebut merupakan haiwan yang bijak.
"Pandai pula dia ikut untuk start lari. Kambing ni minum susu kambing ni aku agak, bijak betul!
"Kalau korang nak tahu, kambing ini tabiat dia kalau orang atau kawan dia lari, dia akan ikut lari," tulis sebahagian warga net.
Sejak dimuat naik malam tadi, video tersebut sudah menerima lebih 19,000 kali ulang kicau dan lebih 14,000 tanda suka.
#Viral #Viral #Kambing #Lumba Lari