Hiburan

3 Penyanyi Malaysia Tercalon Untuk Anugerah Golden Melody Taiwan

gempak
Badrul Hashim
17/07/2020
03:45 MYT
Sponsor Banner
3 Penyanyi Malaysia Tercalon Untuk Anugerah Golden Melody Taiwan
Tiga orang penyanyi Malaysia bakal mewakili negara di peringkat antarabangsa anugerah berprestij, Anugerah Golden Melody di Taiwan, yang bakal berlangsung pada bulan Oktober ini.
Menurut laporan The Star Online, penyanyi veteran Penny Tai, Fish Leong dan Namewee mendapat pencalonan pada anugerah berprestij tersebut.
Penyanyi Fish Leong dicalonkan buat kali keenam secara keseluruhannya dalam kategori Vokal Terbaik Wanita - Mandarin.
Fish Leong yang menerbitkan album pertamanya dalam tempoh tujuh tahun, 'The Sun Rises' pada tahun 2019 bakal bersaing dengan G.E.M., Penny Hsu, Waa Wei, Joanna Wang dan Faith Yang.
Manakala Penny Tai pula tercalon dalam dua kategori iaitu Pakej Rakaman Terbaik dan Vokal Terbaik Dalam Album.
Penyanyi berusia 42 tahun tersebut merupakan penyanyi utama kepada kumpulan rock Budddha Jump, dan mereka telah mengeluarkan album 'BJ Shop pada November tahun lalu.
Penny Tai telah memenangi lima anugerah Golden Melody sebelum ini dan kita berharap dia bakal memenangi buat kali keenam pada bulan Oktober nanti.
Penyanyi rap kontroversi, Namewee bakal muncul buat kali ketiga pada Anugerah Golden Melody apabila pernah dicalonkan untuk kategori Vokal Lelaki Terbaik - Mandarin pada tahun 2016 dan 2017.
Tahun ini, penyanyi berusia 37 tahun itu dicalonkan sekali lagi dalam kategori yang sama tetapi bakal menghadapi lawan yang kuat seperti Wu Ching-Feng, Wakin Chau dan Chang Chen.
Bukan itu sahaja, single beliau 'Ghost Island' yang menampilkan penyanyi rap Taiwan, Dwagie juga bakal bersaing dalam kategori Lagu Terbaik.
Anugerah Golden Melody yang sepatutnya berlangsung pada bulan Jun lalu ditangguhkan ke bulan Oktober kerana wabak Covid yang melanda seluruh dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live