Filem komedi Hollywood, Playing With Fire yang diarahkan oleh Andy Fickman mula ditayangkan bermula 9 Januari 2020.

Menampilkan lakonan John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo, Brianna Hildebrand, Dennis Haysbert dan Judy Greer, filem Playing With Fire menceritakan tentang Jake Carson (John Cena) yang terpaksa menjaga untuk tiga beradik, Brynn, Will dan Zoey selepas menyelamatkan mereka dari kebakaran hebat di sebuah kabin.



Sempat menyaksikan filem ini di sesi preview yang berlangsung dua hari lalu, Gempak senaraikan mengapa filem ini harus ditonton oleh kaki wayang!

Tema Menarik

Elemen komedi kekeluargaan yang dipaparkan dalam filem ini menarik untuk kaki wayang yang menggemari naskhah dengan genre sebegini.



Hubungan adik beradik antara Brynn, Will dan Zoey serta hubungan persahabatan antara Jake dengan rakan-rakan yang lain memberi rencah dalam penceritaan filem Playing With Fire.

Komedi

Biarpun plot penceritaan agak longgar, cerita ini tidaklah seburuk yang disangka. Meskipun jalan cerita yang disajikan pernah ditonton dalam filem-filem Hollywood lain, Playing With Fire memaparkan komedi yang mampu menggeletak penonton dan tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.



Hilangkan Stress!

Jika anda mahu hilangkan stress tanpa memikirkan sebarang perkara, filem ini wajib anda tonton. Tinggalkan seketika masalah pejabat atau kehidupan di luar panggung dan filem ini bakal membuatkan tekanan anda hilang!



Rating Gempak: 3/5