Setelah 3 tahun bertapak di industri kesihatan dan kecantikan, kini, Talia, nama baru bagi Iman Health and Beauty, mula meneroka dunia kecantikan dengan lebih agresif.

Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri menghargai semua usahawan-usahawan Talia dengan menganjurkan sebuah Majlis Ulang Tahun yang Ke-3 Tahun di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 14 ogos 2022 lalu.

Majlis ini merupakan tanda apresiasi pada usahawan Talia yang telah menjadi tulang belakang Talia sehingga sekarang.

Majlis Ulang Tahun yang Ke-3 Talia ini menjadi lebih bermakna apabila Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merasmikan majlis sejurus merasmikan nama baharu buat syarikat ini, iaitu Talia.

Bukan itu sahaja, Talia juga mensasarkan RM10 juta jualan produk bagi tahun 2022 dan RM30 juta bagi tahun 2023. Syarikat ini mengalu-alukan bagi para wanita mahupun lelaki yang ingin memulakan perniagaan bersama Talia dengan perniagaan yang bermula daripada rumah sahaja.

"Kami memberikan produk berkualiti premium dengan harga berpatutan membantu wanita mendapatkan kulit yang sihat dan cerah.

"Selain itu, kami meningkatkan ketrampilan pelanggan dan menambahkan keyakinan selepas program transformasi Talia. Malah, Talia juga memberikan peluang perniagaan dengan pelan pemasaran yang efektif," kata Thalia.



Talia Body Wash & Talia Whitening Body Wash 24 Hours Protection Whitening Body Wash

Niacinamide (Vitamin B3)

Niacinamide berkhasiat membantu memudarkan hiperpigmentasi pada kulit. Niacinamide membantu menguatkan perisai pelindung semulajadi kulit. Ini menghasilkan kulit yang lebih terhidrat dan sihat yang boleh mempertahankan diri dengan lebih baik daripada kehilangan lembapan dan perengsa luar. Niacinamide juga boleh membantu mengawal dan menstabilkan pengeluaran minyak dalam kulit.

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloevera) Extract

Membantu meredakan kesan sunburn akibat pancaran matahari. Aloevera membantu melembapkan kulit selain melawan penuaan kulit. Bukan itu sahaja, aloevera extract juga mampu mengurangkan jangkitan dan jerawat pada badan.

(Tea Tree) Oil

Sifat anti-radang Tea Tree Oil menjadikannya berguna dalam melegakan ketidakselesaan kulit gatal. Ia melegakan kulit dan juga boleh membantu menyembuhkan jangkitan yang menyebabkan kulit gatal. Minyak pokok teh adalah pilihan popular untuk merawat jerawat kerana sifat anti-radang dan antimikrobnya. Ia dianggap dapat menenangkan kemerahan, bengkak dan keradangan. Ia juga boleh membantu mencegah dan mengurangkan parut jerawat, menjadikan anda kulit licin dan bersih.

Talia Lotion - 24 Hours Protection Whitening Body Lotion

Berfungsi sebagai losyen pencerah yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Glycerin

Glycerin ialah bahan yang membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit. Dengan membantu menanggalkan sel kulit mati, glycerin menjadikan kulit anda lebih lembut dan licin. Ini adalah ramuan yang menggalakkan kesihatan kulit yang lebih baik dengan mencipta halangan pelindung pada kulit anda. Ia melindungi kulit anda daripada unsur persekitaran yang berbahaya seperti udara sejuk, angin kencang dan bahan pencemar udara. Dengan kata lain, glycerin meningkatkan fungsi penghalang kulit.

Hyaluronic Acid (HA)

Hyaluronic Acid merupakan bahan anti penuaan yang membantu melembapkan kulit hingga ke dalam kulit. HA ini juga membantu penyembuhan luka dan menghilangkan masalah parut pada kulit. Lebih menarik lagi, bahan HA ini dapat meningkatkan keanjalan kulit, boleh merawat eczema dan boleh merawat kemerahan muka.

Rosa Canica (Rosehip) Fruit Oil

Rosehips dianggap mempunyai lebih banyak vitamin C daripada oren atau lemon. Vitamin C mempunyai sifat antioksidan. Penyelidikan menunjukkan vitamin C boleh membantu mengurangkan kerosakan cahaya ultraviolet yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin C juga menyokong pengeluaran kolagen, yang membantu mengurangkan kedutan. Akhirnya, vitamin C boleh meningkatkan penyembuhan luka dan membantu mencegah kulit kering.