Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“3 Tahun Hidup Bersama, Sudah 3 Kali Juga World War 3…” – Lawak Betul Ucapan Anniversary Atu Zero

Mya Amri 08/02/2019 | 08:23 MYT
Pelawak, Atu Zero memberikan ucapan lucu kepada isterinya, Shafeeqa Johari sempena dengan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka hari ini.
Atu berkongsi ucapan itu menerusi posting terbaru beserta foto di akaun Instagramnya.
“Suda masuk 3 tahun kita hidup bersama-sama, suda 3kali juga world war 3, kita bersama dan Alhamdulilah kita dianugerahkan seorang lagi tentera untuk kasi meriah lagi world war 3.
“InshaAllah ada lagi tentera baru mahu habis rekrut, semoga dipermudahkan sayang, apa yang ada pada laki mu sekarang ini semuanya dari berkat doamu dan tunjuk ajar mu, kasih sayangmu. Terima kasih @shafeeqajohari. Kami sama Sumayyah sayang kau,” tulisnya.

Salam semua Salam Jumaat Alhamdulilah Suda masuk 3tahun kita hidup bersama2 suda 3kali juga world war 3,kita bersama dan Alhamdulilah kita di anugerah kan seorang lagi tentera untuk kasi meriah lagi world war 3,In sha Allah ada lagi tentera baru mahu habis rekrut,semoga dipermudahkan sayang,apa yang ada pada laki mu skg ni semuanya dari berkat doamu dan tunjuk ajar mu kasih sayangmu Terima kasih @shafeeqajohari Kami sama sumayyah sayang kau? Nasib baik tahun ini ingat? #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on

Terhibur dengan ucapan Atu, rata-rata pengikutnya mendoakan semoga Allah merahmati keluarga kecil mereka dan hubungan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah, 3, dan bakal menerima anak kedua tidak lama lagi.
Foto: Instagram @akueatu
#Atu Zero #Anniversary
;