Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

3 Tahun Selepas Perkahwinan Bernilai RM3.3 Juta, Khabar Angin Dakwa Priyanka Chopra & Nick Jonas Berantakan?

Asraf Aided
23/11/2021 14:15 MYT
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nick Jonas, aktres popular Bollywood Priyanka Chopra bertindak memadam nama keluarga Jonas di akaun Twitter dan Instagram miliknya.

Perkara itu kemudiannya mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat jika pasangan itu mahu berpisah dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, menerusi laporan Hindustan Times, ibu Priyanka, Madhu Chopra tampil menafikan perkara itu.

"Ianya sampah, jangan sebarkan kabar angin," katanya.

Dalam pada itu, Priyanka, 39, juga seakan berjaya menangkis tanggapan negatif apabila meninggalkan komen mesra di akaun Instagram suaminya itu.

Nick, 29, berkongsi video melakukan senaman dan memperlihatkan otot serta tubuh badannya yang sasa.

"Saya mati dalam pelukan awak!" komen Priyanka diikuti emoji mata dan bentuk hati.

Setakat artikel ini ditulis, Priyanka masih belum menjelaskan sebab mengapa dia memadam nama (surname) suaminya itu di platform media sosial.

Terdahulu, Priyanka dan Nick melangsungkan majlis resepsi gilang gemilang di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India beberapa hari selepas berkahwin pada 3 Disember 2018.

Ia dihadiri oleh 225 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.

Antara yang menarik tentang majlis tersebut, Priyanka menyarung gaun dihiasi 2.3 juta butir labuci mutiara rekaan Ralph Lauren yang mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan.

Malah, hasil tinjauan Gempak di portal E News juga mendapati jumlah perbelanjaan perkahwinan pasangan itu mencecah sekitar RM3.3 juta.

BACA: "That Train Is Everything!" - Veil Meleret Priyanka Chopra Jadi Sebutan, Epiknya!

BACA: Meriahnya! Ini Foto-Foto Menarik Sekitar Pre-Wedding & Majlis Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas



***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!


#Priyanka Chopra #Nick Jonas #Padam #Surname
;