Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

3 Tahun Tak Bertegur, Persahabatan Ajak & Shahrol Akhirnya Kembali Terjalin - “Tak Ada Orang Ketiga Yang Masuk Campur Untuk…”

Asyikin Mayudin
28/08/2024 06:55 MYT

Setelah tiga tahun tidak bertegur sapa, akhirnya hubungan persahabatan pelawak Ajak dan Shahrol kembali terjalin ketika pertemuan mereka pada Hari Raya Aidiladha pada Jun lalu.

Berkongsi mengenai pertemuan di pejabat Shahrol, Ajak mengakui dia berasa sebak ketika bertemu dengan rakan gandingannya dalam pentas lawak itu.

“Masa raya Haji, dia nampak video saya ada di kampung dan malam itu juga dia mesej ajak jumpa. Jadi, kami jumpa di pejabatnya sebab tak nak ada orang lain, hanya kami berdua saja.

“Memang nak jumpa berdua, tak nak ada orang lain ganggu… jadi kami berjumpa la di pejabat Shahrol. Banyak yang dibincangkan dan disembangkan… ingat balik kenangan-kenangan lama.

“Saya rasa itulah (berjumpa) jalan terbaik untuk berbaik. Bila dapat jumpa, memang rasa sebak. Kawan kan, macam mana pun kita tetap ada rasa sayang,” kata Ajak kepada Gempak.

Ajak ditemui di Sidang Media Pelancaran Siri Jelajah Suria Kuasa 2 yang diadakan di The Estate On Federal Hills, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pernah bergandingan menerusi kumpulan Shiro, Ajak menganggap perbalahan yang berlaku dengan Shahrol itu merupakan asam garam dalam persahabatan.

“Apa yang berlaku sebelum ini, saya anggap asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik dengan Shahrol, tak ada orang ketiga yang masuk campur untuk melaga-lagakan.

“Kami pun selesaikan secara dewasa. Yela, masa bergaduh itu ego masing-masing tinggi sebab fikir semua betul. Jadi kita kena turunkan ego dan saling bermaaf-maafan.

“Kalau kita memang dalam bergaduh, tak ada siapa pun sebenarnya betul. Turunkan ego, takkan ada yang rugi,” ujarnya.

#Ajak #Shahrol #Persahabatan #Orang Ketiga #Sahabat #Berbaik #Bertegur