Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan perjalanan yang ditempuhnya sebelum selamat menimang cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees.
Menerusi akaun Instagram Eidrees, @mohamadeidrees, Anzalna tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak untuk menjadi penyeri rumah tangganya.
"@anzalnanasir88 dan @hanif_zaki berkahwin pada tahun 2016. Kehadiran Mohamad Eidrees pada tahun 2019 melengkapkan ikatan perkahwinan kami.
"Mengambil masa selama 3 tahun untuk dapatkan Eidrees, tidak pernah sekali pun berputus asa kerana percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan bukan manusia!
"Jangan hiraukan apa orang nak kata, yang penting kita suami isteri bahagia. Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh.
"Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tau masa depan anak kita macam mana.
"Tahun pertama perkahwinan, Anzalna dan Hanif teringin menimang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan.
"Tahun kedua, Anzalna berehat dari shooting sebab sudah bersedia untuk buat anak! Hahahahaha...
"Kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada "good news" terpaksa jumpa doctor gynae untuk buat check up. Hanif pun kena check juga," tulisnya.
Tambah Anzalna lagi, dia dan suami, Hanif Zaki hampir melakukan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
"Alhamdulillah kami berdua tiada masalah. Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tetapi disebabkan kami ada melanggar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doctor tak bagi buat! kena buat appointment lagi sekali.
"Anzalna banyak ke luar negara tahun lepas jadi terpaksa tangguhkan untuk buat HSG. Kami juga hampir buat IVF tetapi Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati kami berdua yang betul teringinkan anak.
"Pulang dari Italy bulan 10 tahun lepas, Anzalna disahkan hamil. Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya. Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan Akar herbanika dari @nr.mustajab.
"Nak pesan, Kalau plan nak jumpa doctor, tolong ambil berat tarikh period! berapa lama period dan berapa cycle sebab bila pergi check up doctor akan tanya.
"Semoga dengan perkongsian Anzalna sedikit sebanyak dapat membantu. Cuba share pengalaman masing-masing," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji pasangan ini kerana mereka begitu sabar menjalani ujian dalam mendapatkan cahaya mata.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan menerima kehadiran Eidrees pada 31 Mei lalu.
Kamaruddin Razal
Mon Jul 08 2019
Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia Batal Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sabah Dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.