30 Artis Terima Sumbangan PEKEMA Prihatin, Momen Penuh Emosi, Pilu & Linangan Air Mata
Gempak
24/11/2024 09:55 MYT
24/11/2024 09:55 MYT
Suasana di majlis Sumbangan PEKEMA Prihatin bertukar pilu dan bersulam linangan air mata melihat penggiat seni yang pernah menghiburkan orang ramai kini tidak seceria dahulu.
BERITA BERKAITAN:Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."
BERITA BERKAITAN:Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”
BERITA BERKAITAN:MLS4: Tiada Pengganti, Abon Luah Rasa Kerinduan Terhadap Arwah Mr. Os - “Tengok Muka Anak-Anak Dia Buat Saya…”
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota pada Sabtu menyaksikan 30 penggiat seni tanah air termasuk penyanyi, pelakon dan pengarah filem yang banyak memberi jasa kepada negara diraikan dalam majlis yang sederhana tapi penuh bermakna.
Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin dalam ucapannya berkata, majlis itu sebagai wadah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan artis veteran.
"Majlis ini merupakan salah satu usaha untuk meringankan beban artis-artis yang kurang berkemampuan, terutamanya mereka yang memerlukan rawatan perubatan dan sokongan kewangan.
"Kami di Yayasan PEKEMA sangat berbesar hati dapatbekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia dalam usaha membantu 30 orang artis yang memerlukan.
"Ini adalah satu tanggungjawab sosial kami untuk memastikan bahawa mereka yang telah memberikan sumbangan besar kepada industri seni tidak dilupakan. Dengan sumbangan ini, kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang memerlukan.” katanya ketika berucap di Majlis Sumbangan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Selain itu, sumbangan pada petang itu juga menurutnya adalah satu langkah penting dalam memastikan bahawa kebajikan artis-artis kita diutamakan.
"Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh Yayasan PEKEMA, yang telah memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan seni, terutamanya mereka yang kini berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan.” katanya.
Antara artis yang menerima sumbangan daripada PEKEMA ialah Zaiton Sameon, Shuib Freedom, Mariam Ahmad, Norlia Ghani dan Ali XPDC.
Majlis itu merupakan anjuran Yayasan PEKEMA di bawah Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dengan kerjasama Persatuan Karyawan.