30 Hari, 30 Pasang Baju Raya! Fasha Sandha Tak Sabar Menyambut Syawal
26/03/2023 00:37 MYT
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pelakon jelita Fasha Sandha memaklumkan perkara paling tidak sabar untuk dilakukan adalah menyediakan juadah berbuka buat keluarga.
Selain memperlahankan kerjaya seni, Fasha, 38, berkata anak-anak juga menunjukkan reaksi teruja untuk mengerjakan ibadah puasa.
Tak sabar masak juadah berbuka
“Untuk bulan Ramadan ini saya memperlahankan sedikit kerjaya seni saya supaya ada masa untuk buat ibadah sunat yang lain dan banyakkan masa bersama keluarga.
“Anak-anak saya sangat teruja untuk sambut bulan Ramadan, lagi-lagi yang abang. Kami semua excited. Tiba bulan Ramadan paling tak sabar nak masak juadah untuk keluarga saya.
“Kami akan beraya di Kuala Lumpur sahaja tahun ini. Anak saya cuti tak lama jadi tak boleh nak keluar dari KL sangat,” katanya kepada Gempak
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis menyambut Ramadan dan perlantikannya sebagai duta rasmi jenama tekstil terkemuka Alfaro yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Kongsi Fasha, Alfaro turut menaja sebanyak 30 pasang busana hari raya buatnya sepanjang Syawal selain keluarga turut mengenakan koleksi terkini daripada jenama tersebut.
Kualiti Alfaro cantik & eksklusif
Sementara itu, Fasha Sandha ketika disoal mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama Alfaro, dia melihat keikhlasan pemiliknya yang bersungguh-sungguh dalam memastikan produk keluarannya berkualiti tinggi buat pembeli
"Saya berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai.
"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sehingga memberi kesan buat kita semua, saya mahu orang ramai turut merasa baju raya yang berkualiti dengan harga yang sangat berbaloi
“Jenama ini sangat berkualiti, harganya sangat mampu milik dan paling penting design mereka sangat up to date, cantik dan eksklusif dari Dubai,” katanya lagi.
Alfaro sasar jualan RM7 juta
Bagi koleksi tahun ini, Alfaro muncul dengan Abaya Dubai, Kurta, Baju Melayu dan Baju Kurung yang berharga serendah RM59 sehingga RM199.
Jenama tekstil terkemuka Alafaro menyasarkan Jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini.
Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed berkata, ia melibatkan penjualan lebih 70,000 pasang baju bagi setiap kategori yang didatangkan pada harga yang sangat berpatutan.
Melihat kepada sambutan hangat pada jualan pada sambutan Ramadan dan Raya pada tahun lalu, Mr. Farooq Ahmed yakin hasil jualan pakaian pada tahun ini juga akan bertambah lebih 100 peratus.
"Sebelum ini, ramai peniaga terduduk akibat akibat penularan COVID-19. Pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dalam negara turut membantu merangsang semula jualan kerana semua aktiviti telah dibenarkan seperti biasa.
"Pemulihan ini semakin ketara apabila orang ramai masih lagi membeli walaupun bukan di musim perayaan. Saya percaya jualan Alfaro akan lebih meningkat sempena sambutan Ramadan dan raya tahun ini," katanya.