Seramai 30 kru penggambaran yang dilaporkan terperangkap di belakang Gua Tempurung, Perak, selamat dan berjaya dibawa keluar.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata keseluruhan kru berkenaan berjumlah 80 orang dan 30 yang terperangkap adalah warga tempatan serta Singapura.
"Pihak Bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu dan operasi menyelamat dijalankan bersama.
"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.
Mohd Yusri berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 4.10 petang memaklumkan ada orang awam terperangkap di belakang Gua Tempurung berikutan peningkatan paras air.
Beliau bersama sepasukan anggota Task Force dari Balai Polis Gopeng dan Kota Bharu melawat tempat kejadian di kawasan belakang Gua Tempurung.
Katanya, siasatan awal mendapati insiden bermula susulan hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang.
"Semua mangsa terperangkap kerana air naik secara mendadak ke kawasan alur air di dalam gua dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter.
"Mangsa terbabit adalah kru penggambaran filem 'Bursting Point' membabitkan syarikat perfileman antarabangsa dari Singapura yang menjalankan penggambaran," katanya.
Sumber: Berita Harian, Kosmo!
Gempak
Wed Oct 26 2022
.jpg?ext=.jpg)

Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.