Pelakon Roy Azman memanjatkan rasa syukur kumpulan Viral berjaya menggalas trofi tempat ketiga di pentas akhir Muzikal Lawak Suparstar 2 (MLS2) Jumaat lalu.

Menyifatkan kemenangan itu sebagai momen terindah, Roy memberitahu dia berasa gembira trofi kemenangan itu merupakan yang pertama sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Walaupun trofi tersebut datangnya bukan anugerah dari bidang lakonan, namun dia tetap menghargainya.

“Selama 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni lakon tanah air, buat pertama kalinya abang dapat trofi tapi dalam dunia lawak bukan lakonan.

“Maknanya lakonan abang tak menarik, syukur. Alhamdulillah, setidaknya dalam 32 tahun adalah satu piala, tak kiralah bidang apa sekali pun.

“Setidaknya ada jugalah kenangan. Syukur Alhamdulillah, terima kasih pada anda yang sentiasa memberikan sokongan,” ujarnya

A post shared by roy azman (@thisisroyazman)


Terdahulu, pentas MLS2 menyaksikan kumpulan Heart dinobatkan sebagai juara manakala naib juara pula jatuh kepada U.N.I.

Pemenang tempat ketiga dirangkul oleh Viral dan sekaligus Janggo ditempat keempat.