Berita
“33 Tahun Menunggu Untuk Buat Konsert Solo, Akhirnya...”- Kerana COVID-19, Aishah Terpaksa...
Penyanyi Aishah akui agak kecewa apabila konsert solonya yang sepatutnya berlangsung pada 14 April depan terpaksa ditangguhkan gara-gara penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Aishah berkata dia bagai tidak menyangka penantiannya selama 33 tahun untuk konsert itu tidak kesampaian.
“Hari ni terasa down...kamu semua rasa begitu juga ke??Rindu nak bersiap pergi ke rehearsal,atau interview,atau soundcheck,bergegas bersiap untuk show.
“Selama 33 tahun menunggu untuk buat konsert solo,bila finally I diberi peluang,Covid19 menyerang.
“I miss my life,my freedom.Bila I tengok selepas 6 hari PKP ni dikuatkuasakan masih ada lagi makhluk Allah yang degil lagi,” katanya.
Aishah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Konsert tersebut difahamkan sepatutnya berlangsung di Dewan Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO).
Sementara itu, Aishah turut melahirkan rasa kecewa kepada rakyat yang melanggar arahan perintah kawalan pergerakan(PKP) dari kerajaaan sejak 18 Mac lalu.
“Jadi sesak nafas geram membaca hal orang yang degil ni!Kalau begini caranya,dengan peningkatan jumlah beratus-ratus orang dijangkiti setiap hari,jumlah kematian juga bertambah,kamu rasa PKP ni akan berakhir pada 31hb Mac ni?” Katanya lagi.
Sejak 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini seluruh negara perlu mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dalam tempoh dua minggu ini, orang ramai diminta untuk menghabiskan masa di rumah dan mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelakkan diri daripada jangkitan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.
Must-Watch Video