Hiburan

4 Billion Manusia Dijangka Gemuk Menjelang 2050!

gempak
Hanafis Haris
19/11/2020
12:16 MYT
Sponsor Banner
4 Billion Manusia Dijangka Gemuk Menjelang 2050!
Mungkin sukar untuk diterima, namun itulah hakikat apabila lebih empat bilion individu berpotensi memiliki berat badan berlebihan pada 2050.
Lebih teruk lagi dianggarkan 1.5 bilion daripadanya berdepan masalah obesiti sekiranya trend diet semasa global yang menggalakkan makanan diproses berterusan.
Perkara itu didedahkan hasil kajian dibuat dari Pakar dari Potsdam Institute for Climate Impact Research (PIK).
Menurut kajian itu, jumlah permintaan makanan global mungkin meningkat sehingga 50 peratus menjelang pertengahan abad dan ia melebihi kapasiti Bumi untuk mengekalkan alam semula jadi.
Penyelidik juga mendapat terdapat kemungkinan untuk menyaksikan lebih dari empat bilion individu, atau 45 peratus penduduk dunia, memiliki berat badan berlebihan pada tahun 2050.
“Kajian itu meramalkan bahawa 16 peratus akan mencapai obesiti, berbanding sembilan peratus pada masa ini.
"Peningkatan pembaziran makanan dan penggunaan protein haiwan bermaksud bahawa kesan persekitaran sistem pertanian kita akan menjadi tidak terkawal,” kata seorang daripada penyelidik.
Jelas penyelidik itu lagi, walaupun kecenderungan berbeza antara satu kawasan, dia berpendapat bahawa tabiat makan global akan beralih daripada diet berasaskan tumbuhan dan kanji ke arah makanan tinggi gula, lemak, dan makanan sumber haiwan, serta produk makanan diproses.
Apapun, marilah kita sama-sama mencegah daripada perkara ini berlaku.
Sumber: AFP Gambar: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live