“4 Bulan Yang Penuh Makna…” Faralyna Idris Keguguran, Reda Impian Timang Baby Boy Tak Kesampaian
Mya Amri
14/04/2021 05:20 MYT
14/04/2021 05:20 MYT
Pelakon Faralyna Idris berkongsi berita duka apabila impiannya untuk menimang cahaya mata lelaki tidak kesampaian.
Faralyna memaklumkan berita itu menerusi beberapa hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan Faralyna mengalami keguguran Ketika kandungannya berusia empat bulan.
Bagaimanapun, Faralyna mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk merasai rezeki kurniaan Tuhan buat dirinya.
“Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana Bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IG Story bonda. Ini lah sebabnya.
“Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga. Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship sorry.
“Namun, sekali pun Dia beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali. Tiada rezeki Bond ayah untuk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!
“Terima kasih, Ya Allah… Telah kau gembirakan hati kami dengan kehadiran yang teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. 4 bulan yang penuh makna.
“Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa, bersama yang teristimewa, Muhammad Farid bin Muhammad Fikri,” coretnya.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Fira Anggun dan Fira Ayu.