Ada pelbagai cara untuk menyatakan tanda sokongan dan solidariti terhadap saudara seagama yang berdepan dengan krisis di Palestin.

Secara manusiawi, kita diajar untuk sama-sama menginsafi dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Berikut Gempak kongsikan sebahagian daripada cara yang boleh kita sama-sama lakukan bersama bagi meringankan beban mangsa perang di bumi bergolak, Palestin.

1. Fahami sendiri situasi dan latar belakang hubungan Palestin-Israel


Pertama sekali, kita sendiri patut serba tahu pasal apa yang berlaku di Palestin dan bagaimana situasi kini terjadi.

Senang sahaja zaman ini, kita boleh scroll Twitter, Instagram atau media sosial lain. Memang ada pelbagai perkongsian tentang Palestin dan Israel!

Yang pentingnya, kita ikut akaun yang sahih seperti Imam Omar Suleiman, Yasmin Mogahed dan Astro Awani.

Kita sewajarnya membentuk pendapat dan pemahaman sendiri sebelum kita boleh menyumbang dan menolong dengan cara yang efektif.

Dengan ini, kita melindungi diri sendiri dan Palestin daripada cercaan yang bukan-bukan.

2. Kongsikan cerita atau berita Palestin


Tak susah pun sekarang, kita boleh repost sahaja apa yang berlaku seperti video-video daripada Palestin atau pendapat-pendapat yang kita setuju.

Dengan satu klik, kita sudah boleh memaklumkan pengikut media sosial kita tentang apa yang sedang berlaku.

Selain media sosial, kita juga boleh memulakan perbualan dengan kawan-kawan tentang Palestin. Demikian itu, kita boleh teruskan perbincangan dan perjuangan orang Palestin.

Sokongan kita secara berterang-terangan juga boleh menggesa pemimpin-pemimpin Malaysia dan seluruh dunia agar mengambil langkah untuk membantu Palestin.

Suara kita semua penting untuk memberi keberanian kepada pihak berkuasa untuk mempertahankan Palestin dan membantu rakyat Palestin.

3. Berdoa


Sambil tengok video-video penderitaan orang di Palestin, kebanyakan kita mungkin rasa helpless dan buntu - macam mana kita boleh membantu?

Kita mungkin akan cuba mengelak daripada isu Palestin untuk melegakan hati.

Tapi, jangan lupa yang doa senjata mukmin. Walaupun kita tak berdaya, Tuhan Maha Mendengar dan Maha Berkuasa.

Kita boleh guna perkataan sendiri atau dengar dan amin-kan sahaja doa yang disebarkan di media sosial atau amalkan doa seperti di bawah:-


4. Menyumbang kepada NGO yang dipercayai


Untuk yang mampu, kita juga boleh menyumbang duit atau masa untuk menolong Palestin.

Malaysia mempunyai beberapa NGO yang menyalurkan bantuan kepada Palestin. Contohnya, Persatuan Cinta Gaza Malaysia (@cintagazamalaysia).

Kita semua harap agar sumbangan kita boleh sampai kepada mereka yang memerlukannya di Palestin.

Teks: Dinah K