gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

4 Dekad Dalam Industri, Sheila Majid Rai Kerjaya Seni Menerusi Konsert Sheila Majid 40 Years in Music

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
16/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
4 Dekad Dalam Industri, Sheila Majid Rai Kerjaya Seni Menerusi Konsert Sheila Majid 40 Years in Music
Penyanyi, Datuk Sheila Majid bakal meraikan 40 tahun penglibatannya dalam industri muzik tanah air bersama peminat menerusi Sheila Majid 40 Years in Music pada November.
Menurut Sheila atau nama penuhnya Shahiela Abdul Majid, 60, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa namun ia merupakan satu penanda aras buat dirinya yang memulakan perjalanan seni pada awal tahun 1980-an.
"Konsert ini satu penanda aras baharu untuk kerjaya seni selama 40 tahun. Bukan tempoh singkat namun saya bersyukur masih diterima dan memiliki peminat yang masih setia memberi sokongan.
"Sheila Majid 40 Years in Music ini juga 'tribute' kepada ramai individu yang berada di belakang saya sehingga nama Sheila Majid itu masih diterima dan dikenali oleh generasi hari ini," katanya.
Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Jazz turut meluahkan rasa syukur kerana mampu bertahan selama empat dekad dalam industri seni.
“Saya sebenarnya tak sangka saya boleh menyanyi sehingga 40 tahun. Bila saya fikir mengenainya, saya masih teringat saat saya terpaksa minta izin bapa saya untuk menyanyi, tapi tahu-tahu sudah 40 tahun saya dalam industri.
“Saya gembira apabila saya dapat buat benda yang saya minat dalam hidup saya. Banyak pengalaman saya dapat sejak berkecimpung dalam industri bagaimana saya asah bakat, berjumpa dengan ramai orang dan peminat. Banyak yang saya belajar dan itu yang menjadikan saya pada hari ini,” kongsinya.
Kali terakhir Sheila mengadakan konsert berskala besar ialah Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 di WTC pada 18 Mac 2023.
Peminat mendapatkan tiket bermula 17 Julai ini dengan harga RM268 (Cat 4), RM368 (Cat 3), RM468 (Cat 2), RM568 (Cat 1), RM668 (VIP), RM768 (VVIP) dan RM3,400 (Party Zone) menerusi www.ticket2u.com.my/sheilamajid40.
Buat pembeli tiket orang kelainan upaya (OKU) anda boleh membeli melalui laluan khas menerusi pembelian secara Whatsapp di talian +6019-5951931.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Datuk Sheila Majid
#40 Tahun
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement