Gaya Hidup
4 Fakta Tentang Waktu Minum Air Yang Ramai Tidak Tahu
Ramai di antara kita yang akan minum air semasa makan.
Namun, tahukah anda terdapat 4 waktu yang paling tepat untuk minum air walaupun tidak dahaga.
Berikut kami kongsikan waktu yang ideal untuk minum air:
1. Setelah Bangun Tidur
Perkara pertama yang perlu dilakukan setelah bangun tidur adalah minum air suam. Jumlah yang baik adalah dua gelas, tetapi jika tidak mampu, satu gelas sudah memadai. Amalan ini dapat membantu mengaktifkan organ dalaman, selain membantu proses pencernaan.
2. Setengah Jam Sebelum Makan
Proses penghadaman dapat berjalan dengan lancar dengan meminum jumlah air yang betul. Waktu yang paling sesuai untuk minum air sebelum makan adalah 30 minit sebelumnya.
3. Sebelum Mandi
Tahukah anda dengan mengambil segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah dan membuat anda rasa lebih tenang. Bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi, amalan ini sesuai untuk dilakukan untuk membendung masalah tersebut
4. Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda mengambil segelas air suam kerana perkara ini dapat menghindari daripada terkena serangan jantung dan angin ahmar.
Sumber : Mingguan Wanita, Era.fm
Olahan : Izzat Ridzwan