Berita baik buat semua pelanggan Astro kerana Astro Ultra Box baharu memberikan pengalaman Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD), iaitu empat kali ganda lebih baik berbanding Definisi Tinggi (HD), kini dilancarkan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, pelanggan Astro adalah antara yang pertama di Malaysia untuk menikmati perlawanan besar Liga Perdana, EUFA Euro 2020, La Liga, Formula 1 serta beberapa filem terpilih pada definisi 4K UHD.
“Paling utama anda boleh menonton kandungannya di 4K UHD. Ia pasti mengujakan peminat sukan dan tahun depan merupakan tahun sukan di mana ada Euro 2020.
"Kita akan lihat banyak cerita mengenainya dan ia boleh ditonton pada kualiti 4K UHD dengan paparan lebih jelas dan menarik,” kata Henry ketika majlis pelancaran Astro Ultra Box di Blue Atrium, Sunway Pyramid, pada Rabu.
Pengalaman tontonan 4K UHD jika dibandingkan dengan HD adalah lebih baik kerana piksel tinggi (8,294,400 piksel) dan resolusi 3840 x 2160 memberi paparan lebih jitu dan teliti pada skrin berbanding resolusi 1920 x 1080 pada skrin HD.
Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan televisyen 4K yang bersesuaian.
Astro Ultra Box turut menawarkan pelbagai fungsi menarik bagi kemudahan pelanggan menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa mengikut permintaan, termasuk fungsi Cloud Recording atau Rakaman Awan, Play From Start, lebih 50,000 saluran video on demand, serta keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak di beberapa alat berbeza.
Fungsi-fungsi itu boleh dinikmati jika Ultra Box disambungkan dengan Internet.
Menurut Henry lagi, Astro berada di landasan yang betul untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggannya menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah.
Naik taraf percuma diberikan kepada pelanggan yang melanggan pakej bulanan Astro pada harga RM100 ke atas, manakala pelanggan dengan harga pakej langganan bulanan RM100 ke bawah perlu membayar RM199 bagi kos pemasangan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/ultra atau ikuti perbualan tentang Ultra Box melalui media social dengan tanda pagar #AstroUltra.
Sumber: Astro Awani
Amri Hassan
Thu Nov 14 2019
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.