Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

4 Manfaat Santan Yang Anda Perlu Tahu

ZULHILMI JALIL 26/11/2019 | 04:36 MYT
Dalam penyediaan masakan, rakyat Malaysia memang tidak boleh lari daripada menggunakan santan sebagai bahan asas dalam penyediaan juadah makanan harian.
Ini kerana santan berfungsi sebagai bahan yang menjadi pengental kuah dan penambah rasa selain memberi aroma wangi kepada satu-satu masakan.
Begitupun ada antara kita yang bimbang untuk menggunakan santan dalam masakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengamalkan diet sihat kerana risau akan kadar kolestrol dalam badan.
Namun, sebenarnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa santan bukan sahaja bebas daripada kolestrol, tetapi ia juga mempunyai manfaat tersendiri kepada tubuh badan.
1. Bantu cegah jangkitan virus dan bakteria.
Asid laurik merupakan salah satu komponen yang wujud dalam santan. Ia berperanan sebagai bahan yang berfungsi sebagai antiviral dan antibakteria. Sekaligus menjadikan tubuh bebas daripada jangkitan dan virus.
2. Tidak mempunyai laktosa
Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap produk tenusu, santan boleh dijadikan sebagai alternatif. Ini kerana, santan tidak mengandungi laktosa.
3. Rendah kalori
Jika dibandingkan dengan minyak kelapa, santan mempunyai nilai kalori yang jauh lebih rendah. Justeru, penggunaan adalah pilihan yang lebih baik berbanding minyak kelapa bagi mereka yang ingin turun berat badan dengan cepat.
4. Lemak sihat
Santan diperoleh dari kelapa yang cukup dikenali sebagai makanan Superfood. Justeru, lemak kelapa adalah daripada kategori lemak sihat. Ia mengandungi kandungan Medium Chain Triglycerides yang berfungsi menghasilkan tenaga dan meningkatkan metabolisme seseorang.
Bagi mereka yang mahu mengekalkan pemakanan sihat, anda juga kini tidak perlu risau untuk menggunakan santan dalam penyediaan masakan memandangkan Ayam Brand menawarkan Santan Super Light, yang dirumus khas dengan 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar.
Walaupun kurang lemak, Ayam Brand Santan Super Light tetap mengekalkan keenakan, tekstur dan kebaikan yang ada sama pada santan segar.
Bukan itu sahaja produk terbaharu daripada Ayam Brand itu didatangakan dengan juga bebas kolestrol sekaligus mampu menjadi penyelesaian kepada 47.7 peratus orang dewasa di negara ini yang berdepan masalah tinggi kolestrol. Produk terbaharu Ayam Brand ini juga mempunyai rasa dan aroma sejati.
Dapatkan Ayam Brand Santan Super Light (330ml) pada harga Rm3.10 sahaja. Ia boleh didapati di Giant, Mydin, Econsave, Hero, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben's Independent Grocer dan Cold Storage berdekatan anda.
#Advertorial #Ayam Brand
;