4 Peratus Lagi Guys, Ayuh Lengkapkan 90 Peratus & Tuntut Janji Boleh Balik Kampung
Maliah Surip
02/10/2021 03:55 MYT
02/10/2021 03:55 MYT
Kita sedikit lagi menghampiri sasaran 90 peratus vaksin penuh populari dewasa apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pagi tadi berkongsi kadar vaksinasi terkini di Malaysia.
Menerusi ciapan di Twitter, Khairy atau KJ mendedahkan kadar vaksinasi negara kini sudah mencecah 86.8 peratus dengan populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Ini bermakna baki sekitar 4.2 peratus lagi akan melengkapkan sasaran 90 peratus kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa untuk membolehkan kita bebas merentas negeri sekaligus pulang ke kampung halaman bertemu keluarga selepas lama 'dikurung' kerana pandemik COVID 19.
Bersama perkembangan positif tersebut, KJ ikut meninggalkan pesanan agar rakyat Malaysia terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri.
"Rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing.
"Mereka yang mengalami simptom perlu segera mendapat dan melakukan ujian saringan melalui kit kendiri. Sekiranya didapati positif, segera lakukan proses isolasi," katanya.
Terdahulu, kerajaan berkata kelonggaran rentas negeri akan diberikan jika populasi dewasa mengambil vaksin lengkap mencapai 90 peratus. Malah bermula semalam, banyak negeri termasuk Lembah Klang telah beralih ke fasa 3 dan aktiviti seperti majlis keramaian juga sudah dibolehkan.
Justeru dengan banyak sektor sudah dibuka dan populasi lengkap vaksin semakin memberangsangkan, kita amat berharap 'janji' rentas negeri dan balik kampung yang diuar uarkan kerajaan sebelum ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Ayuh! Kita capai sasaran ini, namun dalam masa yang sama kekal menjaga SOP untuk kepentingan kesihatan semua.
Kredit Foto: Awani