Berita

4 Rahsia Wanita Jepun Kekal Langsing!

gempak
Syafiqah Jalal
05/04/2017
13:00 MYT
Sponsor Banner
4 Rahsia Wanita Jepun Kekal Langsing!
Wanita Jepun sememangnya terkenal dengan bentuk badan langsing dan kesihatan yang baik berbanding wanita dari negara lain.
Kebanyakan mereka juga dilihat muda daripada usia sebenar selain memiliki kuit yang cantik dan mulus.
Jika anda ingin tahu, mereka sangat berdisiplin dan sangat menjaga pemakanan serta menjalani gaya hidup sihat.
Berikut kami kongsikan empat rahsia wanita Jepun untuk kekal langsing dan cantik walaupun sudah berusia:
1. Diet Seimbang & Makanan Berkhasiat Tahukah anda, kebanyakan makanan Jepun berunsurkan bahan yang sihat seperti ikan, rumpai laut, sayuran hijau, soya, nasi, buah-buahan dan teh hijau. Rakyat Jepun juga dikenali dengan sikap mereka yang tidak gemarkan makanan segera.
2. Teknik Masakan Masyarakat Jepun juga terkenal dengan teknik memasak secara merebus, bakar, panggang dan kukus. Mereka juga hanya menggoreng makanan dalam kuali leper dengan minyak yang sangat sedikit. Sayur pula dimasak dalam masa yang singkat bagi mengekalkan khasiatnya. Air rebusan sayur juga wajib diminum sebagai alas perut sebelum tidur.
3. Teknik Mengunyah Makanan Rakyat Jepun amat berdisiplin tentang waktu makan. Mereka akan makan tepat pada waktu khususnya sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Selain itu, mereka juga mengamalkan cara mengunyah makanan secara sikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul bagi melancarkan sistem pencernaan.
4. Pemanis Mulut Rendah Lemak Kebanyakan pencuci mulut di Jepun kebiasaannya sesuatu yang kurang manis seperti aiskrim teh hijau atau mochi yang diperbuat daripada beras. Cara mengurangkan gula dalam pemanis mulut ini dilihat amat berkesan bagi mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan.
Sumber : Hanasuva.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live