Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Bercuti di Perth, Australia Barat... Sebab Ketiga Paling Best!

Kamaruddin Razal
08/10/2018 06:52 MYT
Tahun 2018 sudah hampir tiba ke penghujungnya. Pasti ramai 'kaki travel' di luar sana yang sedang merancang untuk bercuti pada akhir tahun ni...

Paling tidak pun, mesti ada antara anda yang sedang mengira bajet dan tengah usha lokasi percutian untuk tahun hadapan.



Ha, kepada anda yang tak ada idea nak bercuti ke lokasi mana tu, apa kata masukkan Perth, Australia Barat dalam senarai tempat wajib untuk anda kunjungi.



Kami senaraikan empat sebab kenapa anda perlu bercuti di Perth, Australia Barat.

1. Banyak lokasi best, semuanya 'insta-worthy'

Jangan tak tahu, kat Perth ni bersepah tempat yang best wajib anda kunjungi tau! Tempat menarik seperti Fremantle Markets, Kings Park, The Pinnacles (Lancelin Sand Dunes), Cottesloe Beach dan banyak lagi lokasi best perlu anda kunjungi... yang penting, semuanya 'insta-worthy'!



2. Gabungan kemodenan bandar serta keindahan alam semulajadi... Gempak!

Mesti ada antara anda yang berbelah bahagi, nak bercuti kat tempat yang macam mana... Ada yang suka bercuti di bandar, ada juga yang suka bercuti di tempat yang mengekalkan keindahan semulajadi... Apa yang best, Perth ni menggabungkan dua elemen best ni.. So, tak payah berebut dengan rakan atau pasangan anda mengenai tempat mana yang harus dikunjungi...

Kalau anda rasa nak bercuti ala bandar, jangan lupa ke Elizabeth Quay! Banyak tempat tumpuan pelancong di situ dan semuanya serba membangun dan maju! Di sekitarnya ada hotel-hotel baru yang ada berkonsepkan moden termasuklah dekat dengan tempat shopping yang best iaitu Watertown Brand Outlet … Kalau nak rasakan pengalaman alam semulajadi, boleh singgah ke Kings Park dan The Pinnacles (Lancelin Sand Dunes)… Best sangat! Bercuti kat Perth, ada semuanya!

Syoknya bergambar di The Pinnacles (Lancelin Sand Dunes)

3. Makanan halal... Senang!
Antara menu di Insan’s Café, Murray Street

Ini merupakan satu elemen penting dan wajib untuk semua pelancong Malaysia beragama Islam... Ramai yang sangsi untuk bercuti di luar negara kerana takut susah nak jumpa makanan halal... Jangan risau, ada lebih 30 restoran atau tempat yang menyajikan makanan halal di Perth... Google aja! Makanan Malaysia pun ada tau! Antara tempat makan halal yang famous di Perth ialah Insan’s Café, Sedap Place, MyRasa, Satay On Charcoal dan banyak lagi!
Sedapnya! Menu di Satay on Charcoal yang terletak di Rear of Windsor Hotel​

Melazatkan betul masakan di Sedap Place yang beroperasi di East Victoria Park ni…
Nyummy! Antara sajian di MyRasa yang terletak di Manning…

4. PERTH-fect Vacation With Malindo!

Ha, tahukah anda, syarikat penerbangan Malindo sekarang ni tengah buat kempen PERTH-fect Vacation With Malindo! Sesuai sangat untuk semua penggembara yang sedang merancang cuti mereka ke Perth... Best pula tu...

Dengan PERTH-fect Vacation With Malindo, anda akan ada lebih masa untuk merancang perjalanan anda sebab anda akan sampai ke Perth pada jam 2.10 petang... Waktu pulang ke Malaysia pula pada jam 3.00 petang... So, sampai je kat Perth tu, boleh terus check in hotel dan jalan-jalan.. Bila balik tu pulak, check-out hotel je boleh terus menuju ke airport... Mudah bukan?

Penginapan di Perth juga mudah dan mampu milik… Ada banyak sangat pilihan, dari hotel lima bintang sehingga serviced apartments! Senang je…

Dengan kekerapan 14 penerbangan seminggu ke Perth, anda juga dapat merasai pengalaman premium apabila terbang dengan Malindo... Tak payah extra charge, tak payah add-on pun!



Anda akan menikmati 25 kilogram baggage allowance, boleh berhibur dalam kapal terbang dengan inflight entertainment... Ada makanan, tak payah bayar lebih dan yang paling penting ada extra legroom tau, tak payah berhimpit tak payah bersempit!

Untuk maklumat lanjut mengenai penerbangan Malindo, layari laman web www.malindoair.com atau laman Facebook mereka di www.facebook.com/malindoairmalaysia!



Kredit foto makanan: TripAdvisor
#Advertorial #PERTH-fect Vacation With Malindo
;