Berita

4 Sebab Kenapa Negara Jepun Selamat Dikunjungi

gempak
Syafiqah Jalal
14/04/2017
09:08 MYT
Sponsor Banner
4 Sebab Kenapa Negara Jepun Selamat Dikunjungi
Negara matahari terbit, Jepun semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong.
Selain budaya yang tidak jauh bezanya, Jepun juga menyediakan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.
Antara lokasi wajib yang menjadi pilihan orang Malaysia untuk dilawati di sana seperti Tokyo, Kyoto, Kanazawa, Naoshima dan Osaka.
Namun, seorang ekspatriat yang sedang menetap di negara Jepun, Robert R. Gray menyenaraikan empat sebab kenapa negara itu menjadi tumpuan dan selamat untuk pelancong.
1) Kesamarataan etnik
Isu rasis dek perbezaan latar belakang, budaya dan etnik sangat kecil berbanding negara Amerika Syarikat.
Malah, penduduk Jepun tidak lokek untuk membantu warga asing yang berkunjung ke negara mereka dan melayan sama seperti masyarakat lokal.
2) Ekonomi Jepun segaram
Perbezaan jurang gaji antara penduduk negara itu tidak jauh berbanding Amerika Syarikat. Oleh itu, tiada sifat dengki atau tidak puas hati sesama sendiri yang mendorong untuk melakukan jenayah seperti merompak.
Malah, golongan berjawatan tinggi akan menolak untuk menerima bonus berjuta-juta dolar apabila syarikat mereka berdepan dengan krisis.
3) Semangat kekitaan
Penduduk Jepun tidak pentingkan diri sendiri sebaliknya menerapkan amalan bersatu-padu.
"Mungkin ada buruknya namun beberapa kali saya melihat sendiri sikap itu diterapkan dalam budaya di sekolah, tempat kerja dan semasa berlaku bencana alam," jelasnya.
4) Tiada senjata
Di Jepun sekiranya anda membawa pisau ketika bersiar-siar, anda boleh disumbat terus ke dalam lokap!
Ada yang mempertikaikan pengharaman senjata seperti senapang di tempat awam terutama untuk tujuan pertahanan diri namun jika membawa senjata untuk rasa selamat, anda sebenarnya tidak selamat.
Kredit foto: NST
Kami mewakili seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan kedatangan Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito ke Kuala Lumpur sempena lawatan rasmi lima hari bermula semalam.
Lawatan Putera Mahkota Jepun itu juga merupakan kemuncak sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Quora, Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024