Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

4 Snek Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur

Syafiqah Jalal
14/04/2017 11:00 MYT
Pasti ramai di antara kita yang selalu berasa lapar pada tengah malam tetapi tidak tahu mahu makan apa kan?

Makanan berat seperti nasi, pasta, mee, roti, dan sebagainya adalah sangat tidak digalakkan untuk dimakan sebelum tidur kerana ianya sukar untuk dicerna.

Berikut kami senaraikan empat snek atau kudapan yang boleh anda nikmati sebelum tidur:


1. Bijirin / Cereal
Semangkuk bijirin yang kaya dengan khasiat gandum ini pasti akan membuatkan anda rasa kenyang dan tidur lena. Bukan sahaja mudah untuk dihadam, snek ini juga hanya mengandungi jumlah kalori yang amat rendah.


2. Yogurt Rendah Lemak
Snek ini amat popular di kalangan mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dengan kandungan kalori serendah 100 hingga 150, kajian mendapati yogurt dapat membantu melegakan perut anda dari masalah makanan tidak hadam.


3. Sebiji Epal Bersama Mentega Kacang
Pernah tak anda cuba kombinasi unik ini? Sebiji epal yang kaya dengan fiber akan membuatkan perut anda berasa kenyang, selain kacang dan mentega yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk tidur lebih lena.


4. Pisang
Buah ini terkenal dengan pelbagai khasiat termasuk mengandungi asid tryptophan yang membantu anda tidur lena. Selain rasanya yang sedap, buah ini juga amat mudah didapati.

Sumber : Womenshealthmag.com
Olahan : Izzat Ridzwan
#Gaya Hidup #Tips
;