Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“42 Jam Bertarung…” - Balkisyh Semundur Selamat Bersalin, Ramai Puji Baby Boy Handsome!

Mya Amri
26/02/2022 02:33 MYT
Pelakon Balkisyh Semundur Khan selamat menyambut kelahiran anak ketiganya pada 9 Februari lalu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Balkisyh memaklumkan memilih nama Muhammad Nor Qaiyfaal Khan buat anak ketiganya itu.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah say telah selamat melahirkan baby boy pada tarikh 09/02/2022, jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” coretnya.

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)

Bagaimanpun perkongsian terbaharu Balkisyh yang mendedahkan wajah penuh anak ketiganya itu mendapat perhatian.

"Assalamualaikum semua... Nama saya Muhammad Nor Qaiyfaal Khan," tulisnya ringkas.

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)

Rata-ratanya memuji kecomelan Qaiyfaal dan melabelkan bayi lelaki itu sebagai kacak.


Balkisyh mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nazri pada 26 Disember 2020.

Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2017 bagaimanapun bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Balkisyh dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.

#Bersalin #Balkisyh Semundur Khan #Baby boy #Muhammad Nor Qaiyfaal Khan