Viral

44 PATI Ditahan Di Batu Pahat

gempak
Gempak
01/08/2024
11:09 MYT
Sponsor Banner
44 PATI Ditahan Di Batu Pahat
Lagi serbuan membabitkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Selatan.
Tebaharu seramai 44 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor yang dilakukan sepasukan Unit Penguatkuasa Cawangan Batu Pahat di tapak pembinaan dekat Batu Pahat.

BERITA TRENDING: “Bekalan Air Bersih, Susu Bayi, Makanan Harian Diberi, Masih Zalimkah?” - PATI Di Depot Tahanan Imigresen Terima Layanan Baik

Dalam kenyataan medianya JIM memberitahu tindakan dilakukan susulan ada aduan awam menyatakan terdapat sejumlah warga asing bekerja tanpa pas tidak sah serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk tinggal di negara ini.
Katanya operasi yang dilakukan semalam petang kira-kira 4.15 minit petang seramai 88 PATI diperiksa dalam OPS Kutip.
Ia melibatkan 33 lelaki ,warga Bangladesh,33 lelaki warga Indonesia,2 lelaki warga Myanmar, dan seorang warga Nepal.
Kesemua yang ditahan berusia 19 tahun hingga 51 tahun.
Semua ditahan dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarwt pas ditetapkan.
Selain Seksyen 6(1) iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1) iaitu tinggal lebih masa.
Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024