Laman Utama

"5 Anak Tu Nak Campak Mana?" - Dr. Say Shazril Ulas Isu Pendakwah Bebas Cerai Isteri Pertama

gempak
Syafiqah Jalal
06/08/2020
04:00 MYT
Sponsor Banner
"5 Anak Tu Nak Campak Mana?" - Dr. Say Shazril Ulas Isu Pendakwah Bebas Cerai Isteri Pertama
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril akui berang apabila mendapat tahu mengenai isu Imam Muda Faris yang menceraikan isteri pertamanya hanya kerana layanan iseri kedua lebih baik.
Mengulas mengenai isu terbabit, Dr Say mempunyai pendapatnya tersendiri mengapa Imam Muda tersebut tidak patut memberikan alasan tersebut.
“Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes Imam Muda ceraikan bini pertamanya sebab katanya bini barunya boleh layan dia macam raja.
“Memanglah boleh layan kau macam raja, dah kau ada 5 anak dengan bini pertama tu kau expect bini pertama nak layan kau macam raja? Habis 5 anak tu kau nak campak mana?
“Aku anak satu pun bini layan macam bibik tapi aku reda je janji anak aku terjaga. Nanti bini baru ni ada 5 anak kau ceraikan jugak dengan alasan ada pempuan baru yang boleh layan kau macam Tuhan,” tegasnya.
Dr. Say mengulas isu tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Dr. Say memberitahu dia tidak mahu terlalu riyak menyalahkan Imam Muda itu sahaja kerana takut ia akan memakan dirinya sendiri.
“Again saya tak nak cakap besar sebab boleh memakan diri tapi tak faham orang macam ni.
"Kau kahwin awal, 21 tahun dah kahwin lepas tu kau masuk realiti show, pastu kau jadi finalis maka nama kau naik, pastu kau terasa “aku deserve someone better”.
"Lepas tu kau buang bini lama kau sekali dengan anak-anak kau ibarat sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
“Kau nak ceraikan bini kau silakan tapi janganlah lupa nafkah dan kewujudan anak-anak kau tu. Binatang pun tak tinggalkan makanan dalam kotak luar rumahlah. Ade depan aku, aku starlight dahi luas kau.
“Siap suruh sign agreement “jangan kecoh-kecoh kita tengah bergaduh ni tau”. Apa kau ingat ni Perjanjian Pangkor ke, then sambil kau tindas dan aniaya bini kau sambil tu kau sedap-sedap berjoli dengan bini baru.
“Mamat ni sumpah lagi berat dari Abu & Paan. In a nutshell husbands, be responsible of every action we make.
"Kalau dah tergatal kawin baru, nak lepaskan atau simpan yang lama terpulang tapi janganlah abaikan tanggungjawab nafkah kepada bini lama dan anak-anak. Buat anak pandai, bab jaga anak terabai,” katanya lagi.
Kisah Imam Muda Faris yang menceraikan isteri pertama selepas curang dan berkahwin seorang lagi telah hangat diperkatakan sejak bulan lalu.
Topik : Susah Suami Baru Nak Up Ni Baru2 ni kita dikejutkan (ataupun mungkin tak terkejut dah sebab norma baharu dah sek2 ni) kes Imam Muda ceraikan bini pertamanya sebab katanya bini barunya boleh layan dia macam raja. Memangla boleh layan ko macam raja bodo, dah ko ada 5 anak dengan bini pertama tu ko expect bini pertama nak layan ko macam raja? Habis 5 anak tu ko nak campak mane? Aku anak satu pun bini layan macam bibik tapi aku redha je janji anak aku terjaga. Nanti bini baru ni ada 5 anak ko ceraikan jugak dengan alasan ada pempuan baru yg boleh layan ko macam Tuhan. Again sy takmo cakap besar sebab boleh memakan diri tapi tak paham orang macam ni. Ko kawin awal, 21 tahun dah kahwin pastu ko masuk reality show, pastu ko jadi finalis maka nama ko naik, pastu ko terasa “aku deserve someone better doe” pastu ko buang bini lama ko sekali dengan anak2 ko ibarat sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Ko nak ceraikan bini ko silakan tapi jangan la lupa nafkah & kewujudan anak2 ko tu. Binatang pun tak tinggalkan makanan dalam kotak luar rumah la cibai. Ade depan aku, aku starlight dahi luas ko. Siap suruh sign agreement “jangan keco2 kita tengah bergaduh ni tau umi (sy rasa depa main abi umi lah kut)” ape ko ingat ni Perjanjian Pangkor ke, then sambil ko tindas & aniaya bini ko sambil tu ko sedap2 berjoli dengan bini baru. Mamat ni sumpap lagi berat dari Abu & Paan. In a nutshell husbands, be responsible of every action we make. Kalau dah tergatal kawin baru, nak lepaskan atau simpan yg lama terpulang tapi janganla abaikan tanggungjawab nafkah kepada bini lama & anak-anak. Buat anak pandai, bab jaga anak terabai, bodo.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live