"5 Anak Tu Nak Campak Mana?" - Dr. Say Shazril Ulas Isu Pendakwah Bebas Cerai Isteri Pertama

Syafiqah Jalal
Ogos 6, 2020 04:00 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril akui berang apabila mendapat tahu mengenai isu Imam Muda Faris yang menceraikan isteri pertamanya hanya kerana layanan iseri kedua lebih baik.
Mengulas mengenai isu terbabit, Dr Say mempunyai pendapatnya tersendiri mengapa Imam Muda tersebut tidak patut memberikan alasan tersebut.
“Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes Imam Muda ceraikan bini pertamanya sebab katanya bini barunya boleh layan dia macam raja.
“Memanglah boleh layan kau macam raja, dah kau ada 5 anak dengan bini pertama tu kau expect bini pertama nak layan kau macam raja? Habis 5 anak tu kau nak campak mana?
“Aku anak satu pun bini layan macam bibik tapi aku reda je janji anak aku terjaga. Nanti bini baru ni ada 5 anak kau ceraikan jugak dengan alasan ada pempuan baru yang boleh layan kau macam Tuhan,” tegasnya.
Dr. Say mengulas isu tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Dr. Say memberitahu dia tidak mahu terlalu riyak menyalahkan Imam Muda itu sahaja kerana takut ia akan memakan dirinya sendiri.
“Again saya tak nak cakap besar sebab boleh memakan diri tapi tak faham orang macam ni.
"Kau kahwin awal, 21 tahun dah kahwin lepas tu kau masuk realiti show, pastu kau jadi finalis maka nama kau naik, pastu kau terasa “aku deserve someone better”.
"Lepas tu kau buang bini lama kau sekali dengan anak-anak kau ibarat sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
“Kau nak ceraikan bini kau silakan tapi janganlah lupa nafkah dan kewujudan anak-anak kau tu. Binatang pun tak tinggalkan makanan dalam kotak luar rumahlah. Ade depan aku, aku starlight dahi luas kau.
“Siap suruh sign agreement “jangan kecoh-kecoh kita tengah bergaduh ni tau”. Apa kau ingat ni Perjanjian Pangkor ke, then sambil kau tindas dan aniaya bini kau sambil tu kau sedap-sedap berjoli dengan bini baru.
“Mamat ni sumpah lagi berat dari Abu & Paan. In a nutshell husbands, be responsible of every action we make.
"Kalau dah tergatal kawin baru, nak lepaskan atau simpan yang lama terpulang tapi janganlah abaikan tanggungjawab nafkah kepada bini lama dan anak-anak. Buat anak pandai, bab jaga anak terabai,” katanya lagi.
Kisah Imam Muda Faris yang menceraikan isteri pertama selepas curang dan berkahwin seorang lagi telah hangat diperkatakan sejak bulan lalu.
#Anak #cerai #Isteri #Dr. Say #Imam Muda