Berita
5 Barangan Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti Bersama Anak Kecil, No. 3 Paling Berguna!
Hujung tahun sudah semakin menghampiri, pasti ramai ibu bapa sedang merancang untuk membawa keluarga dan anak-anak pergi bercuti.
Namun, perkara paling penting sebelum bercuti adalah persiapan & kelengkapan secukupnya terutama jika anda bercuti dengan anak kecil.
Persediaan barangan anak kecil amat penting supaya perjalanan dan percutiaan anda berjalan dengan lancar.
Berikut merupakan lima tips penting untuk ibu bapa bagi memastikan holiday yang stress-free.
1. Pek Mainan Dalam Beg SuperWings
Demi memastikan anak kecil tak meragam apabila duduk untuk perjalanan jauh di kereta mahupun flight. Pastikan bawa sedikit mainan yang biasa dimain di rumah atau bantal kegemarannya untuk memberi anak perasaan selamat ketika berada di tempat yang baru; terutamanya bayi bawah 18 bulan yang biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Jika anak anda peminat SuperWings, beg pek SuperWings eksklusif dari Drypers Drypantz ini pasti membantu menaikkan mood ‘happy’.
2.Tisu Basah/ Hand Sanitizer
Tisu basah dan ‘hand sanitizer’ adalah barangan yang paling penting jika anda mempunyai anak kecil. Ibu bapa biasanya berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka apabila anak kecilnya mungkin comot ketika makan atau sebagainya, jadi tisu basah penyelamat sementara sebelum mereka membawa anak ke tandas untuk membersihkannya.
3. Pemilihan Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang perkara yang sangat penting untuk dibawa ketika travel bersama anak kecil. Sediakan lampin pakai buang tambahan lebih dari yang biasa diperlukan untuk kecemasan . Selain itu, lampin yang selesa amat penting untuk anak anda supaya mereka tidak meragam ketika perjalanan. Pilihlah lampin yang selesa serta tahan lama dengan penyerapan yang terbaik supaya anda tidak perlu menukarkannya dengan kerap akibat kebocoran. Drypers Drypantz pilihan terbaik kerana mampu memberikan kekeringan sehingga 10 jam malah dilengkapi Pita Lekat dan Buang bagi memudahkan pembuangan lampin.
4. Bekalan Baju
Sediakan juga beg untuk digalas. Tidak kira perjalanan anda hanya mengambil masa yang pendek atau panjang, anda tetap perlu membawa baju lebih untuk anak dan untuk diri sendiri. Ibu bapa tidak dapat menjangka apa yang berlaku ketika perjalanan. Oleh it,masukkan sehelai dua baju tambahan yang berlengan panjang untuk mengelakkan kesejukkan ketika perjalanan jauh.
5. Beg Plastik
Selain itu, sediakan juga beg plastik di dalam beg berasingan untuk membuang sampah makanan. Biasalah, budak-budak ni memang mereka akan buang saja makanan tu merata-rata. Selain itu, beg plastik penting untuk mengisi baju anak anda yang basah mungkin kesan muntah atau tertumpah makanan.
Gelagat si kecil sememangnya menghiburkan, walaupun ada masanya meletihkan. Tetapi itulah keseronokan menjadi ibu bapa. Drypers Drypantz pantas menyerap, mengagih & mencegah aliran balik dengan pantas malah mampu mengekalkan kekeringan sehingga 10 jam. Ia juga dilengkapi dengan Pita Lekat & Buang untuk memudahkan pengendalian lampin terpakai tanpa meninggalkan kotoran.
Dapatkan promosi edisi terhad Beg Pack Super Wings secara percuma dengan setiap pembelian pek mega kembar Drypers Drypers Drypantz dari size M ke XXL.
Jadi, pantas bersama Super Wings menuju destinasi melengkapkan misi penting mereka untuk mengumpul kesemua 4 koleksi terhad ini di Pasaraya terdekat anda di Tesco, Giant, Aeon, Aeon Big, Mydin, Econsave, dan lain-lain.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi terhad ini mulai 1st November hingga 15th Disember.