Berita

5 Beranak Rentung: Kaki Patah, Bersimen, Suami Tak Dapat Bantu Selamatkan Keluarga

gempak
Gempak
13/02/2025
20:56 MYT
Sponsor Banner
5 Beranak Rentung: Kaki Patah, Bersimen, Suami Tak Dapat Bantu Selamatkan Keluarga
Jenazah lima beranak yang rentung dalam kebakaran rumah separa kekal di Kampung Berangan Enam, Umbai, kini berada di Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

Rumah terbakar, api marak

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata mangsa yang meninggal dunia adalah Laila Fatinah Mustapa, 35, serta empat anak iaitu dua anak perempuan, Nur Damia Badrisya, 13, dan Nur Dalila Khatijah, 5, serta dua lelaki, Izz Dafa Hafizuddin serta Izz Dani Fati, berusia tujuh dan dua tahun.
Terdahulu Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin menerima panggilan mengenai kebakaran jam 1.45 pagi.
Hasil siasatan awal, mangsa Muhammad Khairuddin Saari, 35, menyatakan dia dikejutkan dari tidur oleh isteri, Laila Fatinah tahun pada kira-kira 1.35 pagi memberitahu rumah mereka terbakar dan api sedang marak.

"Muhammad Khairuddin cuba menyelamatkan semua ahli keluarganya, namun gagal kerana pergerakannya terbatas ekoran kaki kanan patah (bersimen) dan mengalami sesak nafas akibat kepulan asap tebal. "Pada jam 3 pagi api berjaya dipadamkan dan pemeriksaan bomba menemui lima mayat rentung, iaitu isteri dan anak-anak mangsa," katanya di lokasi kejadian.

Mohamad Rusli berkata, Muhammad Khairuddin yang turut cedera kini dirawat di Hospital Jasin.
"Siasatan masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya difahamkan pasukan bomba menemui wanita itu di bahagian serambi rumah manakala empat anaknya bergelimpangan berhampiran pintu rumah dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.
Tindakan pantas pihak bomba memadamkan kebakaran rumah separa kayu dan batu itu turut menyelamatkan kediaman lain berhampiran.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024