Selepas lima bulan berdiam diri dari media sosial, pempengaruh dan adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan kembali berkongsi kemaskini terbaharu pada Sabtu.

Dalam hantaran pertamanya selepas 27 minggu menyepi, Ameera atau lebih mesra disapa LMK berkongsi sambutan hari jadinya ke-22.

Ringkas saja kapsyen koleksi foto dan videonya. LMK menulis angka 22 bersama emoji sebiji kek.



Selain itu, LMK turut memuat naik momen-momen menariknya di Dubai serta ketika mengerjakan umrah di Makkah dan Madinah bersama ibunya, Datin Noor Kartini minggu lalu.

Kemas kini akaun LMK itu mendapat perhatian warganet termasuk ahli keluarganya yang mengalu-alukan kemunculan semulanya.

"Love you my sister," coret Noor Nabila.

Manakala, dalam hantaran terbaharu, LMK berkongsi beberapa momennya di Makkah dengan kapsyen bertulis; "best birthday ever".



Kali terakhir akaun Instagram LMK dikemaskini sekitar Julai lalu untuk mempromosikan jenama barangan kemas terkenal antarabangsa.