Hiburan

5 Bulan Lockdown Terus Dapat Gelaran Lelaki Paling Gemuk Di Wuhan, Berat Badan Naik Sehingga...

gempak
Hanafis Haris
17/06/2020
09:59 MYT
Sponsor Banner
5 Bulan Lockdown Terus Dapat Gelaran Lelaki Paling Gemuk Di Wuhan, Berat Badan Naik Sehingga...
Gara-gara terlalu lama berkurung di rumah sejak pandemik COVID-19, seorang pemuda di Wuhan mengalami kenaikan berat badan sehingga 100 kilogram (kg).
Bukan saja, lelaki itu yang dikenali sebagai Zhou itu telah dilabel sebagai individu paling gemuk di daerah berkenaan.
Menerusi laporan Oddity Central, berat badan Zhou sebelum perintah berkurung boleh dikatakan agak terkawal.
Malah, Zhou dikatakan telah menjaga berat badannya dan menjalani gaya hidup yang agak normal walaupun bekerja di kafe.
Namun, gaya hidup berkenaan berubah apabila pemuda tersebut banyak menghabiskan masa di rumah.
Difahamkan, berat badan Zhou kini telah mencecah 280 kg.
Lebih teruk lagi, Zhou telah dimasukkan ke hospial setelah mengalami gangguan tidur, 1 Jun lalu.
Menurut doktor yang merawatnya, Zhour tidak dapat tidur dengan selesa dan terpaksa mendapatkan bantuan perubatan.
"Namun sebelum ini ramai doktor enggan membantunya kerana berat badannya yang terlampau berat.
"Apapun ujian awal menunjukkan pelbagai gejala, seperti kegagalan jantung dan masalah pernafasan.
"Kegemukan dialami Zhou disebabkan oleh faktor genetik dan peningkatan pengambilan kalori selama lima bulan di Wuhan," katanya.
Sumber: Oddity Central
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live